“Ibu.kakak pergi dulu”
“Hati-hati Elzy. Kirim salam pada Khairul ya?”
“Yelah ibu”
“Firah,Haziq jaga Elzy baik-baik ya. Kirim salam pada Pak Mat ye Firah. Beritahu dia hati-hati ketika memandu.”
“Yelah ibu, nanti Firah pesan pada Pak Mat ya. Lagipun Pak Mat kan sudah lama menjadi pemandu. Dia oklah ibu”
Haziq dan Firah selesa memanggil ibuku dengan ibu. Haziq pula sudah menganggap ibu ku sebagai ibunya sendiri sejak dia kematian ibu. Kami bertiga sudah seperti adik-beradik. Sebab itu aku begitu sedih untuk meninggalkan mereka semua untuk selama-lamanya.
Sampai sahaja di lapangan terbang, aku terlihat kelibat Khairul berdir sambail merenung jam. Mungkin kami terlewat.
“Khairul”
Firah menyapa, Aku lebih selesa mendiamkan diri. Sebenarnya sejak dari dalam kereta tadi kepala ku terasa sakit. Aku hanya mampu menahan sambil memeluk Firah. Haziq hanya mampu memandang.
“Eh,kamu semua sudah sampai. Baguslah. Sebentar lagi aku akan berlepas”
Khairul bersalaman dan memeluk Haziq. Tangannya dihulurkan kepada Firah dan disambut Firah. Tiba pula giliran aku. Aku hanya menggeleng dan dia mengangguk tanda faham.
“ Sekejap sahaja kita dapat bertemu ya Khairul”
“ Itulah. Tapi tak apa. Aku masih boleh mengetahui perkembangan kau melalui blog kau.”
Dia tersenyum sambil mengerdipkan mata.
Aku hanya tersenyum sambil berkata..
“ya, kau pasti akan tahu khabarku nanti apabila kau membaca post aku”
Firah dan Haziq hanya menunduk kerana mereka sangat mengerti maksud di sebalik kata-kataku tadi.
“Bye Khairul”
“ Selamat tinggal”
Anak mataku mengekori kelibat Khairul sehingga perlahan-lahan hilang daripada pandangan aku.
Aku memandang wajah Firah dan Haziq silih berganti. Aku pasti akan merindui wajah-wajah tersebut terutamanya ibu.
“Selamat tinggal semua”
Perlahan-lahan mataku tertutup dan aku aku tidak mampu merasa udara lagi selepas itu….
No comments:
Post a Comment