WELCOME GUYS. HATE THIS? THERE'S AN "X" BUTTON UP THERE .HATE THE SONG? STOP IT. HATE ME? PLEASE GO TO THIS SITE WWW.IDONTCARE.COM. THANK YOU :)

.::AWAK PENGUNJUNG BERTUAH KE?::.

TWITTER UPDATES @ElynaRafan

  • Loading Tweets..

FOLLOWERS GONNA BE FOLLOWERS

Wednesday, February 2, 2011

GADIS DAN BLOG (3)

“Elzy,macam mana sekolah hari ini?”

“Biasa saja ibu,tak ada apa yang menarik pun. Makin stress ada lah”

Aku tidak mampu menjawab lebih. Lagipun tiada apa sangat yang aku perlu ceritakan kepada ibu hal-hal yang berkaitan dengan sekolah. Semuanya seperti biasa. Seolah-olah hari yang sama berulang kembali tanpa jemu. Sejak aku naik ke tingkatan lima ini, kepala aku sering terasa sakit tanpa sebab. Kadang-kala sampai aku tidak mampu untuk fokus kepada apa yang sedang diajar oleh guru di hadapan kelas. Aku hanya menghidu minyak angin sahaja untuk menghilang rasa pening itu walaupun hanya sementara.

“Baiklah kalau macam itu. Naik atas,mandi dan siapkan kerja sekolah ya Elzy. Ibu tak suka kamu menangguh kerja sekolah kamu.”, pesan ibu.

Selalu juga ibu berpesan kepada aku begitu. Aku hanya mampu mendengar tanpa mempraktikannya langsung.

Aku terus naik ke tingkat atas menuju ke kamar aku. Aku menghempaskan beg dan terus mencapai tuala. Selepas,menyegarkan badan yang lesu, aku menyiapkan segala kerja sekolah yang diberi oleh guru. Sekali-sekala berdenyut juga kepala aku ini.

Hah…sudah siap juga akhirnya. Lega rasanya kepala aku ini. Seperti kewajipan kepada aku untuk membuka blog aku setiap hari.

‘Hai ‘miszlezy’,kamu tidak memasukkan entri baru kah hari ini? Walaubagaimanapun,entri kamu yang dulu memang ‘best’ !”

Eh, dia ini lagi. Agaknya memang minat betul dia dengan blog aku. Tetapi mengapa agaknya ya? Entahlah. Soalan yang tidak dapat ku jawab sekarang. Aku terus menaip entri yang baru untuk ku masukkan ke dalam blogku ini. Jari-jemariku seakan-akan menari di papan kekunci komputer ribaku. Cepat sahaja idea datang menerpa ke minda aku. Begitu juga pergerakan jari-jari aku. Kepala ku tiba-tiba berdenyut kembali. Aku mahu mencapai minyak angin yang terletak di meja solekku. Belum sempat aku mencapainya, duniaku terasa gelap-gelita……

.::bersambung::.

No comments:

Post a Comment